1. 1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom


download 107.02 Kb.
jeneng1. 1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom
Kaca1/3
KoleksiDokumen
g.kabeh-ngerti.com > Sastra > Dokumen
  1   2   3

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU


TAJUK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK


SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik.
(ii) Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah,

Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20.
1.0 KANDUNGAN ISI
Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.
1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom
Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.
Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.
Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.

Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.
Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.
Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.
1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India
Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.

Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.
Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.
Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis.
Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.

1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden
Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.
Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

TUGASAN:

Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan.
Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini.

TAJUK 2

PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK


SINOPSIS
Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.
Hasil Pembelajaran

  1. Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman

  2. Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden

  3. Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik


2.0 KANDUNGAN ISI
Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori behaviourisme
2.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik

  • Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural

dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.

  • Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam

sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.

  • Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu

bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.

  • Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna,

bahasa akan sentiasa berubah.

2.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik

  • Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang

mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan.

  • Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca

daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu.

  • Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku

manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language (1933).

2.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik

  • Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yang

mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.

  • Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang

pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.

  • De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan

konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.

  • Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan

buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.
Tugasan
Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield.



Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.

TAJUK 3

BIDANG LINGUISTIK


Sinopsis
Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual.
Hasil Pembelajaran


  1. Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik

  2. Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual

  3. Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa.


Kerangka Tajuk


3.0 KANDUNGAN ISI

Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik, linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa, perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik.
3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan


  • Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang

yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.

  • Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.

  • Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.

  • Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.

  • Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.

  • Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.

  • Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

  • Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.

  • Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.

  • Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.

  • Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

  • Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.

  • Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

  1   2   3

Share ing jaringan sosial


Similar:

Buku ini bersifat pengantar untuk memasuki keilmuan pemerintahan...

1. Institusi zakat merupakan institusi penting dalam ekonomi Islam....

P eta pemikiran fikih pada zaman

Aburizal jual ‘zaman enak’ soeharto

Kehidupan bangsa indonesia zaman pra sejarah

Teknologi Tinggi Zaman Romawi yang Sulit Dipercaya

Kajian terhadap zaman prasejarah dan budayanya dijalankan oleh ahli arkeologi

1. Jelaskan kaedah pendidikan Islam pada zaman Rasulullah (saw) ketika...

Jejaring informasi merupakan salah satu komponen struktur sistem...

Penyakit batu saluran kemih sudah dikenal sejak jaman Babilonia dan...

Geografi


Nalika Nyalin materi nyedhiyani link © 2000-2017
kontak
g.kabeh-ngerti.com
.. Home